Berikut adalah cabutan minit perbincangan Danau Murni Joint Management Body (DMJMB) bersama Chief Operating Officer Faber Facilites Sdn Bhd (FFSB) yang telah diadakan pada 2 Disember 2011. Beberapa perkara utama berkaitan penyelenggaraan di Danau Murni Kondo telah dibincangkan bersama beberapa staf dari FFSB. Minit mesyuarat ini telah diringkaskan dan teks penuh boleh dimuat turun di capaian ini Minutes of Meeting

Minit Mesyuarat Agung Pertama DMJMB pada 15 March 2008 Minutes of First AGM

Salinan minit mesyuarat agung pertama ini tidak diedarkan ketika mesyuarat agung kali kedua pada 26 Februari 2011 yang lalu. Minit adalah penting untuk mengetahui perkara berbangkit dan juga perkara yang dibincangkan ketika mesyuarat tahunan tersebut. Tiada mesyuarat susulan diadakan selepas daripada itu sehinggalah 26 Februari 2011. Perkara ini berlaku kerana kurangnya komitmen daripada ahli DMJMB yang terdahulu termasuk daripada pihak pemaju sendiri.

Proses Perlantikan FFSB sebagai Pengurus Fasiliti (Facility Manager) tidak sempurna dan lengkap

Perlantikan FFSB sebagai Pengurus Fasiliti adalah tidak sempurna kerana tiada butiran terperinci berkenaan dengan Service Level Agreement. Perlantikan FFSB hanyalah berdasarkan kepada sekeping surat yang ditandatangani  oleh salah seorang ahli DMJMB terdahulu bagi pihak pengerusi. Perkara ini telah menimbulkan persoalan dari segi validity dan ketelusan proses perlantikan FFSB sebagai Pengurus Fasiliti di Danau Murni Kondo.

Surat Appointment as Facilities Manager to Provide Total Facilities Management Service at Danau Murni Condominium bertarikh 2 Jan 2005 Letter of Appointment as FM

Surat yang tersebut di atas adalah di antara pihak Faber Union Sdn Bhd (syarikat induk) dan Faber Faber Facilities Sdn Bhd dan ianya tidak sesuai lagi digunapakai sekarang ini. DMJMB memohon FFSB melihat kembali dan memasukkan terma-terma seperti yang terdapat di dalam mana-mana Service Level Agreement. FFSB akan menyediakan draf Proposal Facility Maintenance yang terkini selewatnya sebelum 31 Disember 2011.

HQ Support Cost

Semenjak penubuhan DMJMB pada 15 March 2008, FFSB telah mengenakan HQ Support Cost iaitu sebanyak RM72,000 setahun sebagai bayaran tambahan kepada RM90,000 yang dibayar kepada FFSB sebagai caj penyelenggaraan. Jumlah RM72,000 setahun atau RM6,000 sebulan adalah dibayar untuk enam orang staf FFSB yang bertugas di Faber Towers yang mengendalikan hal-hal berkaitan Danau Murni. Jumlah tersebut tidak dinyatakan di dalam mana-mana surat, minit mesyuarat DMJMB atau arahan daripada FFSB berkenaan pembayaran tersebut.

DMJMB tidak bersetuju dengan pembayaran HQ Support Cost sebanyak RM6,000 sebulan mulai Julai hingga Disember 2011 kerana tiada makluman awal ataupun termaktub di mana-mana surat, minit atau kontrak di antara DMJMB dan FFSB.

Akaun Penyenggaraan Bangunan

Sebelum 1 Julai 2011, segala urusan kewangan dan pembayaran adalah menggunakan akaun FFSB di Public Bank, Taman Desa. FFSB telah membiarkan akaun DMJMB di Hong Leong Bank, Taman Desa menjadi tidak aktif. Tujuan FFSB berbuat demikian ialah kerana akaun Sinking Fund tidak berapa aktif dan sukar mendapat tandatangan dari Pengerusi DMJMB terdahulu. Walaubagaimanapun akaun bank dan penyata kewangan DMJMB telah diaudit dan dijaga dengan baik oleh FFSB. Walaubagaimanapun, perkara ini adalah jelas telah menyalahi Akta Bangunan dan Harta Bersama (2007), iaitu seksyen 17 dan 18.

Laporan Bulanan dan Pemeriksaan Berkala

Tiada laporan bulanan disediakan oleh FFSB sebagai Facility Manager sejak dari mula beroperasi di Danau Murni Kondo. Ini amat dikesalkan kerana laporan ini adalah rujukan kepada indeks pengukuran tahap perkhidmatan yang dibekalkan oleh FFSB kepada DMJMB.

Laporan bulanan ini akan dibuat secara bulanan di masa hadapan. Tahap perkhidmatan kontraktor sentiasa dipantau terutamanya semasa proses pembaharuan kontrak mereka.

Proses Pendaftaran Hakmilik Strata menggunakan Peguam Norasmadi & Noraini

Pada bulan November 2011, lebih kurang 13.6% unit syer telah didaftarkan hakmilik strata di Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur (bagi menubuhkan Management Corporation untuk Danau Murni Condo, Akta Hakmilik Strata mensyaratkan 25% unit syer telah disempurnakan hakmilik strata masing-masing).

Oleh itu, FFSB akan menyelaras satu hari bersama Peguam Norasmadi dan Noraini bagi memudahkan penduduk menyempurnakan hakmilik strata mereka.

Kenderaan Usang

Pejabat Pengurusan Danau Murni Kondo telah beberapa kali mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan usang (motosikal) supaya mengalihkan kenderaan mereka daripada kawasan kondo. Mesyuarat mencadangkan supaya kenderaan/motosikal usang dipindahkan ke kawasan tanah lebihan Danau Murni di kawasan rumah sampah.

Perimeter Fencing

Terdapat kerosakan pada perimeter fencing di kawasan rumah sampah dan pagar sepanjang sempadan TNB. Didapati kawasan untuk kutipan sampah Danau Murni telah dicerobohi oleh kenderaan dan kanak-kanak dari kawasan kejiranan Teratak Muhibbah.

FFSB akan mencari sebutharga dalam bulan Disember 2011 untuk pembaikan keseluruhan pagar tersebut

Kontrak Café, Taska, Mini Market dan Kontraktor Perkhidmatan Penyelenggaraan

Amalan sekarang ialah kontrak Café, Taska, Mini Market dan kontraktor perkhidmatan penyelenggaraan adalah diperbaharui secara menggunakan surat biasa dan tanpa menyemak tahap perkhidmatan yang diberikan. Didapati timbul masalah caj tertunggak daripada Café, Taska dan Mini Market. Terdapat kelemahan di pihak FFSB kerana gagal membuat kutipan sewajarnya dan masih memperbaharui kontrak mereka.

FFSB akan membuat kontrak baru secara perjanjian bertulis beserta dengan scope of work dan diperbaharui berdasarkan prestasi pembayaran dan tahap perkhidmatan yang diberikan.