Dalam bulan Januari 2012 telah berlaku 2 kejadian pecah rumah di Blok B. Kejadian berlaku pada siang hari ketika pemilik tiada di rumah.

Oleh yang demikian kami ingin menasihati semua penghuni supaya lebih berhati-hati semasa keluar dari rumah. Patuhi nasihat di bawah:

  • Pastikan kunci pintu gril dari sebelah dalam bagi menyukarkan pencuri membuka kunci.
  • Jangan tinggalkan kunci di ruang tempat letak kasut, dalam kasut, bawah pasu, bawah pelapik kasut, celah pasu atau mana-mana tempat yang menyenangkan pencuri mengambilnya.
  • Pastikan anda menyimpan wang tunai atau barang kemas di dalam peti besi atau simpan sahaja di bank. Komputer riba, telefon mudah alih, Playstation dan peralatan elektronik lain juga selalu menjadi sasaran mereka.
  • Pencuri adalah disyaki dari orang yang tinggal dalam kondo Danau Murni dan mereka sentiasa mencari peluang mudah untuk memasuki rumah anda. Dikhuatiri mereka ini menagih dadah dan menjadikan aktiviti mencuri bagi meneruskan aktiviti tidak bermoral ini.

Pihak pengurusan telah membuat laporan polis pada 12 Januari 2012 dan memohon pihak polis membuat serbuan ke atas unit-unit yang disyaki menjadi tempat persembunyian mereka. Berikut adalah salinan Laporan Polis tersebut. Beberapa maklumat disembunyikan supaya tidak menganggu siasatan polis atau menimbulkan masalah lain kepada penghuni kondo.