Danau Murni Joint Management Body (DMJMB) telah berjaya mempertahankan pendirian untuk tidak membayar HQ Support Cost yang telah dikenakan oleh FFSB semenjak 2008. Penjimatan ini adalah sebanyak RM36,000 iaitu RM6,000/bulan selama 6 bulan bagi tempoh Julai-Disember 2011.

Baucer pembayaran yang dipaparkan di bawah ialah pembayaran bagi bulan Julai hingga November 2011 yang dituntut oleh FFSB.

HQ Support Cost yang dimaksudkan dimasukkan dalam butiran Staff Salary and Management Fees (RM7,950 + RM6,000) yang berjumlah RM13,950. Sekarang DMJMB tidak lagi perlu membayar HQ Support Cost kepada FFSB.

DMJMB telah menangguhkan pembayaran kepada FFSB sejak bulan Julai kerana tidak berpuashati dengan kos tersebut. Akhirnya DMJMB berjaya mempertahankan kepentingan semua penduduk Danau Murni Kondominium.

Untuk makluman, berikut adalah cabutan minit perbincangan Danau Murni Joint Management Body (DMJMB) bersama Chief Operating Officer Faber Facilites Sdn Bhd (FFSB) yang telah diadakan pada 2 Disember 2011.

HQ Support Cost

Semenjak penubuhan DMJMB pada 15 March 2008, FFSB telah mengenakan HQ Support Cost iaitu sebanyak RM72,000 setahun sebagai bayaran tambahan kepada RM90,000 yang dibayar kepada FFSB sebagai caj penyelenggaraan. Jumlah RM72,000 setahun atau RM6,000 sebulan adalah dibayar untuk enam orang staf FFSB yang bertugas di Faber Towers yang mengendalikan hal-hal berkaitan Danau Murni. Jumlah tersebut tidak dinyatakan di dalam mana-mana surat, minit mesyuarat DMJMB atau arahan daripada FFSB berkenaan pembayaran tersebut. DMJMB tidak bersetuju dengan pembayaran HQ Support Cost sebanyak RM6,000 sebulan mulai Julai hingga Disember 2011 kerana tiada makluman awal ataupun termaktub di mana-mana surat, minit atau kontrak di antara DMJMB dan FFSB.