25 Januari 2012 – Satu kejadian hujan beserta ribut telah berlaku di kawsan Taman Desa dan beberapa tempat di Jalan Klang Lama. Beberapa kawasan di Pantai Dalam juga mengalami hujan ribut yang sama.

Kejadian yang berlaku jam 6.45 petang semalam telah mengakibatkan kerosakan pada bangunan Danau Murni dan juga flat Teratak Muhibbah. Hujan ribut berlaku dalam tempoh 15 ke 30 minit dan hujan terus berhenti selepas itu.

Kerosakan yang berlaku di kondo kita ialah pokok tumbang, pagar rosak, frame tingkap jatuh dari beberapa unit, alat penghawa dingin didapati bergoyang di beberapa unit dan bumbung tempat letak motosikal Blok A tercabut.