28 Jun 2012

Semua Penduduk

Kondominium Danau Murni

PEMERIKSAAN STIKER KENDERAAN 2012

Perbadanan Pengurusan Danau Murni telah melantik syarikat kawalan keselamatan yang baru mulai 1 Julai 2012. Demi memantapkan keselamatan di dalam kawasan kondominium, kami akan menekankan perkara-perkara yang telah dinyatakan dalam Kaedah Dalaman Kondominium Danau Murni sedia ada iaitu:

  1. Stiker kenderaan (kereta dan motor) perlu dipamerkan pada kenderaan pada setiap masa untuk diperiksa oleh pengawal. Sila dapatkan stiker kenderaan daripada Pejabat Pengurusan.
  2. Semua pelawat mesti didaftar di pondok pengawal. Untuk mendapat pas masuk, pelawat mesti memberi pengenalan diri sebelum masuk ke kawasan kondominium
  3. Kenderaan dengan stiker kenderaan yang sah sahaja dibenarkan menggunakan tempat letak kereta. Sekiranya kenderaan diletakkan di tempat salah, kenderaan akan dikunci tayar dan penalti RM50 akan dikenakan.

Sila ambil stiker kenderaan untuk kereta dan motosikal untuk mengelakkan anda ditahan daripada memasuki kawasan kondominium. Ini adalah notis kali kedua buat semua penghuni dan penyewa di Kondominium Danau Murni.

PENGERUSI

PERBADANAN PENGURUSAN DANAU MURNI

Sila klik untuk muat turun Notice on vehicle stiker