SmsTahunBaruSmsUcapanTahunBaru

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua penduduk Danau Murni Kondominium.

Mulai 1 Januari 2013, Jova Building Services Sdn Bhd akan mengambilalih penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama daripada Faber Facilities Sdn Bhd yang telah menguruskan Kondominium Danau Murni sejak tahun 2005.

Syarikat yang dilantik adalah agen dan pengurus hartanah dengan nombor pendaftaran VE(3)0177 seperti tertakluk di bawah Seksyen 21(1) Akta Agen Hartanah, Pengukur dan Penilai atau pun Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981.

Pengurus Bangunan yang baru ialah Puan Prema dan beliau boleh dihubungi melalui telefon pejabat 03-7987 7587