Archive for March, 2014


Untuk makluman, kadar Maintenance Charges dan Sinking Fund dinaikkan mulai 1 Mac 2014. Kadar baru ialah seperti berikut:

Maintenance Charge RM142.80

Sinking Fund RM14.30

Manakala bayaran tambahan seperti insuran dan cukai tanah bagi tahun 2014 ialah:

Insurance RM89.25

Quit Rent RM13.00

Bayaran boleh dibuat melalui Online Interbank Transfer atau bank-in terus ke akaun:

CIMB Bank Account – 14210000434101 – PERBADANAN PENGURUSAN KONDOMINIUM DANAU MURNI

Sila faks (03-7987 7806) atau emel kepada danau.murni@hotmail.com bukti pembayaran dengan menulis rujukan seperti nama dan nombor unit.

Kenaikan Maintenance Charges dan Sinking Fund telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan notis mengenai kenaikan telah diletakkan di papan kenyataan kondo pada 6 Januari 2014.

shamsul 001

Kehadiran untuk sesi bertemu penduduk pada 25 Januari 2014 ialah hanya dua orang pemilik seperti dalam gambar di bawah. Dua staf dari Jova Building Services Sdn Bhd (sedang berdiri) menerangkan tentang isu kenaikan tersebut. Sementara itu, En Simon (Jova Building Services Sdn Bhd) kelihatan duduk sambil memegang kertas menerangkan sesuatu kepada salah seorang pemilik yang hadir. 

DM Enquiry 25 Jan 2014

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberi Insentif Khas Cukai Taksiran 2014 kepada:

  1. Orang Kelainan Upaya (OKU)
  2. Pesara
  3. Pemilik yang menghuni  kediamannya sendiri

Insentif ini adalah dalam bentuk pengurangan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar. Pemilik dikehendaki mengisi butir-butir pengesahan  di dalam borang yang disertakan di bawah dan hantarkan terus ke alamat yang diberi. Sila muat turun borang ini download borang atau minta satu salinan dari Pejabat Pengurusan kondominium.

Borang Insentif Cukai Taksiran DBKL

Pada 27 Januari 2014 satu sesi pendengaran bantahan telah diadakan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, DBKL untuk membantah kenaikan cukai pintu tahun 2014. Seramai enam orang pemilik daripada Kondominium Danau Murni telah hadir ke sesi ini.

Bantahan yang dibuat oleh pada hari itu ialah meminta supaya Nilai Tahunan Semasa dikekalkan pada RM6,000 setahun (cadangan kenaikan kepada RM9,000 setahun oleh DBKL). Pada masa yang sama, pemilik tidak membuat bantahan kepada kadar peratusan baru iaitu sebanyak 4% (kadar peratusan lama ialah 6%). Sila rujuk surat di bawah:

Notis panggil bantahan - Copy

Jawatankuasa Pendengaran Bantahan telah merekodkan bantahan pemilik yang hadir dan akan memberi keputusan dalam bulan Mei atau Jun 2014 sekiranya diterima atau ditolak. Buat masa sekarang pemilik dinasihatkan supaya membayar cukai taksiran untuk separuh tahun 2014 seperti biasa. Apa-apa perubahan kepada nilai tahunan atau peratusan akan dimasukkan dalam bil cukai taksiran separuh kedua tahun 2014. Ini adalah bil cukai taksiran yang diterima bersama surat dari Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai isu ini.

BIL CUKAI TAKSIRAN 2014

BM 1 BM 2BI 1 BI 2