Pada 27 Januari 2014 satu sesi pendengaran bantahan telah diadakan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, DBKL untuk membantah kenaikan cukai pintu tahun 2014. Seramai enam orang pemilik daripada Kondominium Danau Murni telah hadir ke sesi ini.

Bantahan yang dibuat oleh pada hari itu ialah meminta supaya Nilai Tahunan Semasa dikekalkan pada RM6,000 setahun (cadangan kenaikan kepada RM9,000 setahun oleh DBKL). Pada masa yang sama, pemilik tidak membuat bantahan kepada kadar peratusan baru iaitu sebanyak 4% (kadar peratusan lama ialah 6%). Sila rujuk surat di bawah:

Notis panggil bantahan - Copy

Jawatankuasa Pendengaran Bantahan telah merekodkan bantahan pemilik yang hadir dan akan memberi keputusan dalam bulan Mei atau Jun 2014 sekiranya diterima atau ditolak. Buat masa sekarang pemilik dinasihatkan supaya membayar cukai taksiran untuk separuh tahun 2014 seperti biasa. Apa-apa perubahan kepada nilai tahunan atau peratusan akan dimasukkan dalam bil cukai taksiran separuh kedua tahun 2014. Ini adalah bil cukai taksiran yang diterima bersama surat dari Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai isu ini.

BIL CUKAI TAKSIRAN 2014

BM 1 BM 2BI 1 BI 2