Pandangan 1 : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman pihak tuan, baru-baru ini pihak Ibu Pejabat JKDM Putrajaya ada mengeluarkan surat pekeliling kepada kami (JKDM WPKL) yang menyebut seperti berikut :

“3. Dengan mengambilkira perbezaan impak yang akan berlaku antara layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan ini kepada pelbagai jenis kediaman di bawah hakmilik strata oleh badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan, pihak Bahagian GST Ibu Pejabat ingin memaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju melalui surat bernombor rujukan 0.3865/356(SJ.4)(Jld.14)(SK.12)(21) bertarikh 5 Januari 2015 seperti di Lampiran A untuk mengecualikan pembekalan perkhidmatan tersebut untuk SEMUA jenis kediaman di bawah hakmilik strata oleh badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan. Pindaan yang sewajarnya akan dibuat ke atas Perenggan 20, Jadual Kedua [subperenggan 2(1)], Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014. Walau bagaimanapun,pengecualian ini tidak terpakai untuk badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan yang membekalkan perkhidmatan kepada bangunan komersial atau perniagaan.”

 

Pandangan 2 : Jawapan kepada 106 soalan (Jawapan ini berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja)

68. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST?
Kos penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah dikecualikan dari GST.

Jawapan keseluruhan 106 soalan boleh didapati di sini  Jawapan kepada 106 Soalan