banner_kempen_bayartunggak_hasilDBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan Kempen Membayar Tunggakan Hasil DBKL pada bulanOgos 2016 untuk pembayaran cukai taksiran, sewa perumahan PPR/PA, sewaan gerai pasar dan notis kompaun trafik DBKL.

 

Kempen ini bertujuan memberi kemudahan kepada warga kota untuk membuat rayuan, rundingan, menjelaskan bayaran serta mengemaskini maklumat mengenai cukai taksiran, sewa perumahan PPR/PA, sewaan gerai pasar dan notis kompaun trafik DBKL tersebut.

 

Justeru itu, DBKL menyeru kepada semua warga kota agar mengambil peluang ini untuk hadir membuat rayuan dan berunding serta menjelaskan bayaran semasa kempen ini dilaksanakan. DBKL juga menawarkan kadar khas notis kompaun trafik semasa kempen ini dilaksanakan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Setelah kempen ini tamat, DBKL akan melaksanakan operasi sita dan meneruskan tindakan mahkamah kepada pemilik harta yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran. Selain itu, DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan kepada penyewa perumahan PPR/PA dan gerai pasar seperti menamatkan penyewaan berkenaan dan melaksanakantindakan mahkamah. DBKL juga akan meneruskan dengan sekatan urusniaga (senaraihitam) kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sekiranya notis kompaun trafik masih gagal dijelaskan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi:

 

Nama Nombor Telefon Emel
Pn. Faridah Hanim Hassan 03-26178176 faridahhanim@dbkl.gov.my
En. Sairie Mustafa 03-26178185 sairie@dbkl.gov.my

kempen_bayartunggak_hasilDBKL_poster_1 kempen_bayartunggak_hasilDBKL_poster_2

Sumber: Laman Web DBKL dipetik pada 29 Julai 2016