Majlis Perjumpaan KPB Brickfields Bersama JMB dan MC Kondominium Kawasan Brickfields

IPD Brickfields, 27 Julai 2016 – Majlis Perjumpaan Ketua Polis Balai Brickfields Bersama Pengurusan Joint Management Body (JMB) dan Management Body (MC) Kondominium Kawasan Brickfields telah diadakan di Perkarangan Balai Polis Brickfields, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Turut serta hadir di majlis perjumpaan ini ialah ASP Halimahton Saadiah bt Hairin, Penolong Ketua Polis Balai (Urus Tadbir Balai), Insp. Nik Faidzrul bin Nik Fauzi, Penolong Ketua Polis Balai (Ketenteraman Awam), Insp. Razmi bin Ismail,
Ketua Unit StaRT dan Insp. Muhammad Sukri bin Zainuddin, Ketua Unit Rondaan serta 31 wakil JMB serta MC.

Objektif majlis perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan berkaitan jenayah oleh pengurusan kondominium. Selain dari itu, turut disampaikan kes-kes jenayah semasa yang sering berlaku di kondominium serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pengurusan kondominium dan pengawal keselamatan yang dilantik.

Pihak pengurusan kondominium juga hendaklah memainkan peranan dalam membantu pihak polis membanteras jenayah dengan menjadi mata dan telinga polis iaitu menyalurkan terus maklumat-maklumat jenayah kepada pihak Balai Polis Brickfields untuk diambil tindakan.

Majlis perjumpaan ini telah berjalan dengan lancarnya dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para jemputan yang hadir.

#‎jomlikefbPolisKL‬
‪#‎polisdanmasyarakatberpisahtiada‬

Sumber: Facebook Polis KL

Community policing, or community-oriented policing, is a strategy of policing that focuses on police building ties and working closely with members of the communities. Nice to attend police meet JMB/JMC surrounding Brickfields area #NBOS #royalmalaysiapolice #communitypolicing

This slideshow requires JavaScript.