Archive for June, 2012


Berikut adalah cabutan daripada minit mesyuarat Perbadanan Pengurusan Danau Murni (minutes of meeting 23 Jun 2012) yang telah diadakan pada 23 Jun 2012 yang lalu:-

Syarikat kawalan keselamatan sedia ada telah memberi notis penamatan yang berakhir pada 30 Jun 2012. Oleh itu, Faber Facilities Sdn Bhd telah menyenaraikan tiga sebutharga bagi menggantikan Sebiro Security Services Sdn Bhd.

Sebutharga yang diterima bagi membekalkan enam pengawal (1 supervisor & 2 pengawal untuk setiap shif siang dan malam) adalah seperti berikut:

  1.             Mahmood Security       RM17,070.24
  2.             Target Security             RM14,354,52
  3.             ZB Security                   RM13,190.64

PPDM telah melihat sebutharga tersebut dan ahli majlis yang hadir bersetuju dengan syor FFSB memilih ZB Security dan seterusnya mengurangkan seorang pengawal bagi shif malam. Pada sebelah malam, tugas rondaan adalah kurang dan beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan pergerakan keluar masuk di pintu masuk utama seperti:

  1.              Memasang pagar/pintu masuk bagi pejalan kaki di tepi barrier gate kereta
  2.              Mengetatkan kemasukan kenderaan dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi ke kawasan kondo

Bilangan pengawal akan ditambah semasa cuti perayaan, cuti sekolah atau masa-masa yang dirasakan perlu oleh pihak pengurusan.

Gambar Pengawal daripada Syarikat ZB Security Services Sdn Bhd

28 Jun 2012

Semua Penduduk

Kondominium Danau Murni

PEMERIKSAAN STIKER KENDERAAN 2012

Perbadanan Pengurusan Danau Murni telah melantik syarikat kawalan keselamatan yang baru mulai 1 Julai 2012. Demi memantapkan keselamatan di dalam kawasan kondominium, kami akan menekankan perkara-perkara yang telah dinyatakan dalam Kaedah Dalaman Kondominium Danau Murni sedia ada iaitu:

  1. Stiker kenderaan (kereta dan motor) perlu dipamerkan pada kenderaan pada setiap masa untuk diperiksa oleh pengawal. Sila dapatkan stiker kenderaan daripada Pejabat Pengurusan.
  2. Semua pelawat mesti didaftar di pondok pengawal. Untuk mendapat pas masuk, pelawat mesti memberi pengenalan diri sebelum masuk ke kawasan kondominium
  3. Kenderaan dengan stiker kenderaan yang sah sahaja dibenarkan menggunakan tempat letak kereta. Sekiranya kenderaan diletakkan di tempat salah, kenderaan akan dikunci tayar dan penalti RM50 akan dikenakan.

Sila ambil stiker kenderaan untuk kereta dan motosikal untuk mengelakkan anda ditahan daripada memasuki kawasan kondominium. Ini adalah notis kali kedua buat semua penghuni dan penyewa di Kondominium Danau Murni.

PENGERUSI

PERBADANAN PENGURUSAN DANAU MURNI

Sila klik untuk muat turun Notice on vehicle stiker